fbpx

Eunhyuk lega negatif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EUNHYUK

PADA 1 Mei lalu, produksi program D&E Show mendedahkan bahawa penyanyi Eunhyuk terpaksa melakukan ujian calitan Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada seorang pesakit positif.

Bagaimanapun, berita melegakan buat peminat apabila penyanyi kumpulan Super Junior itu disahkan negatif selepas keputusan ujian yang dilakukannya dikeluarkan pada keesokan harinya.

Disebabkan itu, program tersebut terpaksa diberhentikan seketika tayangannya bermula 2 Mei lalu.

“Hos D&E Show, Eunhyk disahkan negatif daripada Covid-19. Maka, program ini akan dihentikan seketika sebelum disambung siarannya semula pada 6 Mei ini.

“Setiap hari, kami melakukan proses sanitasi di seluruh kawasan studio, termasuklah kawasan awam seperti tangga bergerak dan tempat pemegangnya.

“Semuanya disebabkan kami bimbang dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan kawasan yang menjadi tumpuan petugas dan kru setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan.

Eunhyuk mengemudi rancangan D&E Show bersama seorang lagi anggota Super Junior iaitu Donghae.

Program berkenaan bersiaran setiap Khamis hingga Ahad pukul 5 petang waktu tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI