fbpx

Bomba bantu tanggalkan cincin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jadi manis lelaki berusia 28 tahun yang kelihatan membengkak dan berdarah selepas cincin yang dipakai tidak dapat dikeluarkan.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba selepas cincin yang dipakai di jari manis tangan kanannya tersekat di Teluk Bahang dekat sini malam tadi.

Pegawai Operasi, Balai Bomba Penyelamat Teluk Bahang, A. Thanabalan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Klinik Kesihatan Teluk Bahang pada pukul 11.21 malam berhubung kejadian yang menimpa lelaki berkenaan.

“Apabila pihak kami tiba di lokasi kejadian didapati terdapat seorang lelaki berumur 28 tahun sedang menahan kesakitan kerana cincin yang dipakai tersekat di jari manis.

”Kerja-kerja memotong cincin berjaya dilakukan dan mangsa berada dalam keadaan selamat,” katanya kepada pemberita hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI