fbpx

Ibu paksa anak hisap vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak itu kelihatan tidak selesa apabila dipaksa ibunya menghisap vape.

PETALING JAYA – Satu rakaman video seorang kanak-kanak berusia lingkungan setahun lebih dipaksa menghisap menghisap rokok elektrik (vape) tular di media sosial hari ini.

Lebih menyayat hati apabila perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh ibu kepada kanak-kanak yang masih memakai lampin tersebut.

Turut tular satu kenyataan menerusi aplikasi Instagram dipercayai ditulis oleh ibu kanak-kanak itu bagi mempertahankan tindakannya itu.

“Suka hati aku nak ‘post’ apa Kalau rasa semak jangan ‘follow’ aku. Aku tak follow pun sibuk ‘comment’ dekat gambar aku.

“Anak aku suka hati aku. Aku yang jaga dia bodoh,” kata kenyataan itu.

Rakaman video tersebut membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia dengan rata-rata mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Terdahulu, wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu telah memuat naik Instastory anaknya menerusi laman Instagramnya.

Menerusi video tersebut jelas ‘reaksi’ kanak-kanak berkenaan tidak selesa dipaksa menghisap vape berulang kali. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI