fbpx

23 kematian direkod, 3,120 kes harian negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Negara merekodkan 23 kes kematian semalam yang dilaporkan di Sabah, Sarawak, Perak, Kelantan, Selangor, Johor, Kedah dan Melaka menjadikan jumlah terkini kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,574 kes.

Kesemua kes kematian tersebut melibatkan 15 lelaki dan 23 wanita berusia antara 37 hingga 85 tahun serta mempunyai pelbagai latar belakang penyakit.

Dalam masa sama, kes harian negara merekodkan angka melebihi 3,000 dengan 3,120 kes menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 420,632 kes manakala, kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 31,516 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor melaporkan kes tertinggi sebanyak 675 kes dengan 493 kes daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat, diikuti oleh Sarawak sebanyak 620 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 408 kes.

“Sebanyak 70 kes pula berkaitan kluster di pusat tahanan iaitu Kluster Pagar Sri Lalang (57 kes), Kluster Jalan Meru Utama (11 kes) dan Kluster Pagar Siput Dua (2 kes).

“Terdapat 17 kluster baharu dikenal pasti melibatkan tujuh kluster komuniti, lima kluster tempat kerja, empat sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) dan satu kluster keagamaan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Beliau berkata, kluster baharu tersebut ialah Kluster Bungey (12 kes), Kluster Batu 25 (98 kes), Kluster Tangkis Selatan (11 kes), Kluster Jalan Surian (lapan kes), Kluster Batu 30 (58 kes), Kluster Jerai Maju (sembilan kes) dan Kluster Layangan Labuan (12 kes).

“Selain itu, Kluster Taming Jaya (43 kes), Kluster Persiaran Medini Sentral (sembilan kes), Kluster Jalang Kweng Hitam (14 kes), Kluster Jalan Yahya 2 (14 kes) dan Kluster Jalan Besar Sungai Jawi (29 kes).

“Kluster lain ialah kluster Dah Kilometer Tujuh (13 kes), Kluster Lubuk Katak (24 kes), Kluster D’Kuala (16 kes), Kluster Jalan Ungku Abdul Aziz (22 kes) dan Kluster Taman Sri Lambak (13 kes),” ujarnya.

Sementara itu, katanya, 10 kluster tamat Kluster Jalan Murni Satu, Kluster Fasa Dua Semarak, Kluster Gong Kulim, Kluster Jalan Gemilang Sukan, Kluster Batu 22, Kluster DTI Juru, Kluster Lintang Bayan Lepas, Kluster Jalan Pelabuhan, Kluster Integrasi Rawang Tiga, dan Kluster Padang Hijau menjadikan sebanyak 1,301 kluster ditamatkan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI