fbpx

Yu-vin daftar tentera, B.O.Y bubar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONG YU-VIN

KUMPULAN duo popular, B.O.Y akhirnya dibubarkan secara rasmi. Perkara tersebut diumumkan The Music Works Entertainment dalam satu kenyataan pada 30 April lalu.

Pembubaran duo tersebut terjadi disebabkan seorang anggotanya iaitu Song Yu-vin menamatkan kontrak lebih awal dan mengambil keputusan untuk mendaftarkan diri bagi menjalani latihan ketenteraan.

“Selepas melakukan perbincangan panjang, kami dengan berat hati melepaskan Yu-vin dan menghormati keputusannya untuk mendaftar dalam tentera. Kami juga bersetuju menamatkan kontraknya lebih awal.

“Keputusan yang diambil bukan mudah untuk kedua-dua belah pihak tetapi kami menghormati kehendaknya. Terima kasih untuk Yu-vin selama bergelar artis di sini sepanjang enam tahun lalu. Dengan pengundurannya, secara rasmi B.O.Y telah dibubarkan,” ujar agensi tersebut.

Tidak lama selepas pengumuman daripada agensi, Yu-vin juga turut tampil meluahkan kesedihan menerusi hantaran dalam Instagramnya.

“Saya meninggalkan agensi yang menjaga saya selama bertahun-tahun lamanya. Banyak perkara yang terjadi selama tempoh itu dan saya sangat berterima kasih kepada semua orang.

“Kontrak kami sudah ditamatkan tetapi tarikh masuk tentera belum diputuskan. Pembubaran B.O.Y juga dilakukan selepas melalui perbincangan teliti dengan Kook Heon,” katanya.

B.O.Y merupakan duo yang memulakan debut sejak 7 Januari tahun lalu dan memiliki sebuah album mini berjudul Phase One: YOU.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI