fbpx

Penyu menangis dek Harimau Kumbang di Kuala Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFUZI mengakui TFC tewas kepada pasukan yang lebih baik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu kelmarin.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

KEKALAHAN memalukan Terengganu FC (TFC) kepada Pe­nang FC 1-4 pada aksi Liga Super di hadapan 5,500 penyokong sendiri kelmarin tidak membuatkan pengendalinya, Mohd. Nafuzi Zain panik dan cepat melatah.

Ketua jurulatih tempatan itu tetap tenang dan menganggap kekalahan tersebut sebagai proses pembelajaran kepada anak-anak buahnya yang masih muda.

“Sejak sepak mula lagi pihak lawan (Penang) lebih menunjukkan keinginan untuk menang dan saya harap TFC mengambil pe­ngalaman ini sebagai pemain.

“Kami keciciran mata selepas tiga kemenangan dan situasi sama juga berlaku pada awal musim. Jadi TFC perlu lebih konsisten,” ujarnya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu kelmarin.

Mohd. Nafuzi berkata, barisan muda Sang Penyu perlu mendapatkan rentak secara konsisten selepas diletakkan harapan menggunung dalam Liga Super musim ini.

Ujar beliau, jaringan pemain sayap, Hakimi Abdullah untuk merapatkan kedudukan 1-2 pada satu ketika hampir mencetuskan kebangkitan yang diharap TFC.

“Kami bermula baik selepas rehat dengan meningkatkan tempo dan saya yakin boleh bangkit ketika kedudukan 1-2 mengejar permainan.

“Kesilapan kami sendiri dihukum pihak lawan sekali gus menyukarkan lagi usaha TFC dengan masa yang kian suntuk,” tambahnya.

Nafuzi berkata, Penang mengambil kesempatan ke­ghairahan pemain-pemainnya menyerang menerusi dua gol lagi yang disifatkan sangat mudah.
Tambah beliau, beberapa tonggak TFC juga gagal beraksi pada tahap terbaik untuk me­nyaingi jentera serangan skuad Harimau Kumbang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI