fbpx

Penunggang motosikal bergesel sesama sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular berdurasi 29 saat yang memaparkan sekumpulan individu bermotosikal terjatuh selepas dipercayai bergesel diantara satu sama lain.

BALIK PULAU – Seorang remaja cedera selepas motosikalnya ditunggangnya bergesel dengan beberapa buah motosikal rakannya yang lain ketika menunggang secara beramai-ramai di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu berdekatan Queensbay Mall dekat sini malam tadi.

Insiden kira-kira pukul 10.20 malam itu tular di media sosial hari ini apabila rakaman video 29 saat memaparkan kira-kira 30 motosikal yang ditunggang itu dikongsi pengguna.

Berdasarkan rakaman itu, kenderaan berkenaan dilihat ditunggang secara berkumpulan dipercayai laju sebelum beberapa buah motosikal terbalik kerana bergesel sesama sendiri.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A.A. Anbalagan, kemalangan itu membabitkan sekumpulan 30 penunggang motosikal.

“Kejadian berlaku sebaik kenderaan peronda polis tiba di tempat kemalangan dan rakaman itu tular di media sosial.

“Seorang penunggang lelaki berusia 18 tahun cedera pada lengan dan belakang badan serta dia dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya masih melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa kumpulan berkenaan dikatakan mahu melakukan kegiatan lumba haram.

“Siasatan sedang diteruskan. Tidak dipastikan (dakwaan berluma) kerana di dalam video tiada aksi merempit, cuma dilihat (menunggang) berkumpulan,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Rule 10 LN166/59. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI