fbpx

Mohon awak ‘niqab’ media sosial awak Neelofa – Budak Ijat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHRULEZAD mencadangkan Neelofa memperlahankan aktivitinya dalam media sosial supaya tidak menjadi mangsa cacian

PETALING JAYA – Pengarah drama terkenal, Shahrulezad Mohameddin mencadangkan supaya selebriti kontroversi, Neelofa memperlahankan aktivitinya dalam media sosial selepas berturut-turut terpalit isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Shahrulezad atau dikenali sebagai Budak Ijat mencadangkan Neelofa memperlahankan aktivitinya dalam media sosial supaya tidak menjadi mangsa cacian dan makian netizen.

“Abang dah tak larat nak pertahankan kau dik. Nasihat abang dah alang-alang nak berniqab satu badan, awak ‘niqab’ lah sekali media sosial awak itu. Jangan meminta sangat caci maki orang Lofa (Neelofa) sayang.

“Tak kasihan dengan diri sendiri ke? Bulan puasa dik. Abang cakap ni bukan sebab abang nak benci atau suka-suka kecam Lofa. Abang cakap sebab dah tak larat tengok org buat dosa mengata kau, mengeji kau, sedangkan imej mulia mulia kau tu sepatutnya tidak dikecam begitu,” tulisnya.

Ujar pengarah drama Nur itu lagi, imej yang dibawa Neelofa sepatutnya membuatkan dia lebih disayangi dan bukannya semakin dibenci umum.

“Abang kasihan tempiasnya turut terkena pada golongan niqabist (berhijab) yang lain. Apatah lagi pada golongan artis yang sememangnya selalu dipandang serong.

“Maaf Lofa, kali ini saya terpaksa bersuara sebab dah melampau. Cuma jauhkan diri dari media sosial sebab orang ramai sedang memerhatikan anda berdua,” kata Shahrulezad.

Dalam hantaran itu juga, Shahrulezad turut memberikan pendapatnya tentang Neelofa dengan menyifatkan isteri kepada Haris Ismail itu seorang yang sukakan perhatian.

“Kadang-kala abang rasa Lofa memang sejenis ‘dahagakan’ perhatian-perhatian sebegini. Sengaja mencari masalah. Sikit punya banyak kedai karpet dekat Kuala Lumpur, yang kau gigih merentas sampai Nilai dan kenapa?

“Itu satu hal. Ikut dia la nak beli karpet sampai ke Zimbabwe sekali pun. Cuma yang kau gatal sangat muat naik viceo dekat InstaStory, lepas tu padan hantaran itu dan kenapa?
“Kau tak tahu ke netizen kita sejenis ikan jerung lapar darah yang pantang nampak kau buat silap. Munggu lepas kau muat naik gambar burger, lepas tu padam. Bila kena kecam, kau dengan ayat pijak semut tak mati cakap netizen bersangka buruk dengan kau. Lepas tu buat benda sama,” ujarnya.

Shahrulezad juga dalam pada itu turut meminta bekas pengacara MeleTOP itu supaya berhati-hati dan tidak lagi berkongsi segala-galanya dalam media sosial.

“Tolong jangan naikkan kemarahan netizen,” kata Shahrulezad sebagai peringatan.

Terdahulu selebriti sensasi, Neelofa sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas didakwa merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli karpet.

Perkara tersebut mula menjadi bualan hangat selepas Neelofa memuat naik sekeping foto dan video dalam InstaStorynya yang memaparkan dia dan suami, Haris Ismail berada di sebuah kedai karpet.

Dalam perkongsian video berkenaan, dia dilihat merakam seorang pekerja dan turut mempromosikan kedai tersebut yang terletak di Nilai 3. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI