fbpx

Larangan rentas negeri kekal sehingga 17 Mei 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Orang ramai sudah boleh melupakan hasrat untuk merentas negeri atau pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan sehingga 17 Mei ini atau sehingga tarikh lain diputuskan kelak.

Adham berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira lebih 13 kluster akibat merentas negeri dilaporkan di beberapa negeri sejak April lalu.

Malah, katanya, beberapa kluster komuniti turut dikesan membabitkan kontak rapat dalam kalangan ahli keluarga dan komuniti setempat selepas menghadiri majlis dan program.

“Kami mengesan beberapa kluster yang tercetus dalam komuniti akibat majlis dan program seperti  majlis pengebumian, perkahwinan, sambutan perayaan, majlis kesyukuran, majlis pertunangan dan bencana banjir,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, mengambil kira perkara itu, kementerian memutuskan aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan sehingga 17 Mei ini atau sehingga tarikh baharu diumumkan kelak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI