fbpx

Haria Penang Haria luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Penang FC, Sheriddin Boboev (dua dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukan pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu kelmarin. – PUQTRA HAIRRY ROSLI ROSLI

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PENGENDALI Penang FC, Tomas Trucha menyifatkan kemena­ngan sensasi dengan menumbangkan Terengganu FC (TFC) 4-1 di gelanggang lawan kelmarin sebagai aksi di luar jangkaan.

Pengendali kelahiran Republik Czech itu berkata, karakter ditunjukkan barisan pemain memastikan skuad Harimau Kumbang pulang penuh ceria meskipun tanpa beberapa tonggak utama.

“Secara jujurnya saya tidak menyangka (kemenangan), namun kami tetap menghormati TFC dan mungkin keputusan ini tidak adil kepada mereka yang beraksi baik sebelum ini.

“Kredit kepada pemain-pemain saya yang melaksanakan tugas dengan menampilkan aksi menakjubkan,” kata Trucha pada sidang akhbar selepas perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu kelmarin.

Tambah jurulatih yang dilabel sebagai ‘Klopp Malaysia’ itu, Penang bersedia untuk memanfaatkan kelebihan fizikal pada perlawanan itu dan percaturan tersebut ternyata membuahkan hasil.

Dua gol awal hasil gerakan sepakan sudut serta tandukan penyerang, Casagrande selepas rehat katanya menjadi senjata yang berjaya memerangkap tuan rumah, TFC.

“Sejak awal lagi kami tahu majoriti pemain TFC bertubuh kecil, jadi Penang FC cuba memanfaatkannya dan berjaya mendapat empat gol.

“Begitupun, pada masa sama saya tetap berharap kami boleh mencipta jaringan secara terbuka dan tidak menunggu situasi bola mati,” tambah Trucha.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI