fbpx

Agong zahir rasa bangga kejayaan pelajar dalam peperiksaan IGCSE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Cheryl Chow Shu Wei atas kejayaannya dinobatkan ‘Top In The World’ bagi mata pelajaran kimia peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) baru-baru ini.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas pencapaian cemerlang pelajar Sekolah Antarabangsa Beaconhouse Sri Inai, Petaling Jaya tersebut yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Baginda turut menzahirkan ucapan semoga kejayaan Su Wei, 17, menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan pelajar dan belia untuk terus bekerja keras dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Shu Wei dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang dan terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa di masa hadapan.

“Sesungguhnya, kejayaan adik Cheryl Chow Shu Wei sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan pelajar dan individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.

“Ianya juga membuktikan bahawa dengan iltizam dan usaha yang bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di persada antarabangsa,” titahnya.

Terdahulu, Shu Wei memperolehi pengiktirafan daripada Cambridge Assessment International Education setelah berjaya mengenepikan hampir sejuta pelajar lain dari seluruh dunia semasa acara Outstanding Cambridge Learner Awards, baru-baru ini.

Beliau memperolehi markah piawaian tertinggi dalam peperiksaan IGCSE bagi mata pelajaran Kimia.

Shu Wei pernah dinobatkan sebagai peserta terbaik di acara Mangahigh East Asia Maths Challenge 2019, mengatasi seramai 14,240 orang pelajar dari Jepun, Korea Selatan, Singapura dan negara-negara sekitar Asia Timur.

Beliau turut pernah memperolehi pingat emas di acara Kangaroo Math Competition peringkat kebangsaan dan di pertandingan University of St Andrews Competition juga pada tahun 2019. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI