fbpx

Acryl Sani sah Ketua Polis Negara ke-13

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani

PETALING JAYA – Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, 59, secara rasminya dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-13, hari ini.

Pelantikan itu dibuat dalam satu majlis serah terima tugas yang disaksikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said, di Bukit Aman.

Majlis itu sepatutnya disaksikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, namun beliau tidak dapat hadir atas urusan kerja.

Acryl Sani menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang bersara hari ini selepas dua tahun (4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021) memegang jawatan sebagai Ketua Polis Negara ke-12.

Sebagai rekod, Acryl Sani sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 Ogos tahun lalu bagi menggantikan Datuk Seri Mazlan Mansor yang bersara wajib.

Anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu memiliki Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan menyertai polis pada 2 Feb 1986 sebagai Kadet Asisten Superintendan Polis (ASP).

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah dan Timbalan Pengarah di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) serta menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah di Jabatan Pengurusan.

Acyril Sani juga pernah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Pesuruhjaya Polis Sarawak, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI