fbpx

Webber jangka Alonso bakal senasib dengan Rossi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALONSO bergelut untuk mendapatkan rentak dalam saingan F1 kali ini biarpun dia mempunyai pengalaman yang luas dalam perlumbaan itu. – AFP

LONDON – Bekas pelumba Formula Satu (F1), Mark Webber menegaskan bahawa dia tidak yakin bahawa Fernando Alonso akan sepantas seperti dahulu dan bimbang dia akan senasib se­perti Valentino Rossi yang bergelut dengan prestasi di MotoGP.

Alonso melakukan kejutan apabila membuat keputusan kembali ke saingan F1 semula bersama pasukan Alpine selepas dua tahun meninggalkan perlumbaan itu.

Dalam perlumbaan musim ini, Alonso, 39, berjuang untuk mendapatkan rentak terbaik­nya, namun dia gagal menamatkan saingan di Grand Prix (GP) GP Bahrain dan mengutip satu mata di perlumbaan kedua di GP ­Emilia Romagna.

“Saya adalah peminat Alonso dan dia tahu akan perkara itu. Saya bimbang kerana saya tahu kembali ke F1 semula bukan tugas yang mudah baginya,

“Ini adalah kenyataan kerana apabila nama seperti Alonso, ­Michael Schumacher, Niki Lauda membuat kemunculan semua pasti akan sukar. Ia sudah terbukti dalam banyak sukan.

“Saya tidak meragukan kemampuan atau motivasi Alonso. Dia sangat luar biasa dan boleh berlumba dengan pelbagai jenis kenderaan. Tetapi, F1 tidak menegnal erti kesabaran kerana anda tidak boleh mengatakan perlu banyak masa untuk mendapatkan keserasian.

“Di F1 anda mesti sentiasa bersedia dan Alonso sedar akan perkara itu. Adakah Alonso hari ini mampu menjadi seperti 25 tahun lalu.

“Lihatlah Rossi, dia menderita dan mempamerkan aksi yang teruk. Saya benci melihatnya beraksi dalam saingan MotoGP. Saya tidak mahu Alonso seperti itu. Kita tahu dia boleh berlumba tetapi jam tidak menipu tentang usia,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI