PETALING JAYA – Sebuah kereta dan lapan motosikal yang diletakkan di kawasan parkir kenderaan Kuarters Balai Polis Subang, USJ 8/2, Subang Jaya di sini musnah dalam kebakaran, petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu kira-kira pukul 2.18 petang.
“Sepasukan 16 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, kita dapati sebuah lagi motosikal sedang terbakar 30 peratus,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. – K! ONLINE