fbpx

Remaja 16 tahun dikhuatiri lemas di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan operasi mencari menyelamat mangsa di Pangkalan Kuala Lukut, Port Dickson pagi ini. - Foto IHSAN BOMBA

PORT DICKSON – Seorang remaja berusia 16 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut semasa memasang jaring bersama bapa saudaranya di Pangkalan Kuala Lukut dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd. Hairul Izam Mazelan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada bapa saudara mangsa, M. Nariasamy yang menaiki bot bersama mangsa.

“Kami menerima laporan mengenai kejadian ini pada pukul 6.15 petang semalam dan tiba di jeti berkenaan sembilan minit

“Sehingga pagi ini, mangsa, U. Prakash yang tinggal di Taman Indah Jaya, Lukut dikatakan jatuh pada jarak satu kilometer dari pantai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Hairul Izam, seramai 26 anggota terlibat termasuk dari ibu pejabat negeri, Balai Bomba Port Dickson dan Balai Telok Kemang terlibat dalam operasi pencarian.

“Pihak kami menyambung operasi pagi ini dengan menggunakan empat buah bot penyelamat dan empat buah kayak,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI