fbpx

Ramai doa Adira pula berniqab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADIRA

PADA bulan Ramadan tahun ini, ramai sungguh selebriti wanita yang berhijab. Cantik dan sejuk mata memandang melihat penampilan mereka pada bulan mulia ini.

Cuma tahun ini, berhijab sudah menjadi sesuatu yang tak mengejutkan, so yesterday kata orang putih.

Sekarang zaman orang berniqab persis Neelofa, antara artis yang menggayakan trend niqab ialah Adira.

Selepas dia memuat naik foto berniqab dalam Instagram baru-baru ini, ruangan komennya dibanjiri dengan doa-doa daripada para peminatnya.

Rata-rata mereka memuji kecantikan dan kekemasan penampilan Adira itu. Meskipun mereka sedar penampilan tersebut tidak kekal, peminatnya tetap mendoakan agar Adira terbuka hati untuk terus berniqab.

“Perlahan-lahan ya, tak perlu pakai purdah dulu. Paling penting memakai pakaian longgar dan menutup aurat,” tulis seorang netizen.

Tidak salah pun permintaan para peminat kerana semuanya perkara yang baik-baik belaka. Semoga semua selebriti wanita yang berhijab pada bulan Ramadan ini diberikan hidayah dan kekal istiqamah ya.

DIVA: Kerana pulut santan binasa!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI