fbpx

PKP di Mukim Endau dan Triang tamat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Mukim Endau dan Mukim Triang, Daerah Mersing, Johor sejak 20 April lalu, bakal ditamatkan esok seperti dijadualkan berikutan hanya tiga kes direkodkan daripada keseluruhan 202 ujian saringan dilakukan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan trend kes menurun dengan kluster adalah terkawal, malahan dua kes terakhir dilaporkan pada 25 April lalu.

“PKP di dua mukim berkenaan dilaksanakan susulan pengesanan Kluster Air Batang daripada sekumpulan pelawat yang singgah selepas mengunjungi Pulau Tioman, Pahang sebelum itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau dalam pada itu turut memaklumkan penamatan PKP Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung, Tumpat, Kelantan lebih awal daripada yang dijadualkan pada 13 Mei ini.

Sehingga kini ujarnya, pihak KKM melakukan 329 ujian saringan dan daripada jumlah tersebut, hanya 181 disahkan sebagai positif wabak Covid-19.

“Terdapat penurunan kes manakala semua penghidap positif sudah diasingkan dengan mereka dimasukkan ke sebuah pusat kuarantin untuk menerima rawatan lanjut,” jelasnya.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI