fbpx

Pemuda maut terjatuh koridor tingkat 14 inap desa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOFFIAN (kanan) hadir di lokasi kejadian seorang pemuda maut selepas tergelincir dari tingkat 14 sebuah inap desa di Jalan Tanjong Tokong, George Town di sini awal pagi tadi.

GEORGE TOWN – Percutian singkat lapan sahabat bagi meraikan Hari Pekerja di sebuah inap desa di Tanjong Tokong di sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut akibat terjatuh dari koridor tingkat 14 bangunan itu awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mayat lelaki berusia 26 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang di tingkat lima bangunan terbabit.

Kejadian dipercayai disedari salah seorang rakannya apabila melihat mangsa berada di atas koridor terbabit lalu tergelincir ke bawah .

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan awal mendapati mangsa menginap di situ bersama kawan-kawannya yang tinggal di kawasan sama iaitu di Nibong Tebal termasuk rakan sekerja bagi meraikan percutian sempena Hari Pekerja.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa bersama rakan-rakannya sebelum itu sedang minum termasuk minum minuman keras lalu tergelincir dan jatuh ke bawah.

“Bagaimanapun, kita akan dapatkan maklumat lanjut daripada rakan-rakannya itu berhubung kejadian berlaku sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Beliau memberitahu, tujuh rakannya akan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi tujuan dokumentasi termasuk mengambil keterangan lanjut dan menyiasat sama ada berada di bawah pengarah dadah.

“Setakat ini, polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut dan akan menunggu keputusan bedah siasat yang akan dijalankan di Unit Forensik Hospital Pulau Pinang sejurus selesai ujian saringan Covid-19,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI