fbpx

Pelan B Aidil buahkan hasil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BADDROL (dua dari kiri) berjaya meledak satu gol ketika KDA FC berjaya mencatat kemenangan ke atas Melaka United 3-1 kelmarin.

PERTARUHAN ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Aidil Sharin Sahak pada aksi Liga Super bertemu Melaka United di Stadium Hang Jebat malam kelmarin membuahkan hasil apabila menang 3-1.

Skuad Helang Merah itu menerima tamparan hebat apabila mendapat berita saat akhir dua pemain mereka, Rodney Celvin serta Fadzrul Danel Mohd. Nizam tidak boleh diturunkan kerana perlu menjalani penggantungan perlawanan.

Justeru, keadaan itu memaksa Aidil menurunkan pemain muda, Loqman Hakim Marzuki bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Rodney di bahagian pertahanan.

Bagaimanapun, beliau berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan oleh skuad kendaliannya biarpun kehilangan khid­mat dua tonggak utama sebelum perlawanan bermula.

“Syukur kerana kami dapat apa yang dimahukan kerana kami berdepan pasukan fizikal seperti Melaka. Saya juga terpaksa buat pertaruhan apabila Rodney dan Danel tidak boleh beraksi akibat penggantungan.

“Saya terpaksa buat pertaruhan dengan menurunkan Loqman untuk berganding bersama Renan di bahagian pertahanan. Saya gembira kerana ia membuahkan hasil,” kata jurulatih dari Singapura itu.

Pada perlawanan itu, Kedah menjaringkan tiga gol menerusi dua jaringan Kpah Sherman dan Baddrol Bakhtiar, sementara gol Melaka dijaringkan Stefan Nikolic.

Ketika separuh masa pertama berkesudahan seri 1-1, Aidil mengakui tidak bimbang memandangkan beliau percaya dengan kemampuan yang dimiliki barisan pemainnya.

“Secara jujur saya percaya dengan pemain-pemain dan ada berbincang dengan mereka ketika waktu rehat. Saya juga ada buat beberapa perubahan pada separuh masa kedua dan ia berhasil.

“Tahniah kepada semua pemain kerana bermain habis-habisan sepanjang 90 minit permainan. Bukan mudah untuk bermain di tempat lawan, lebih-lebih lagi pada bulan puasa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI