fbpx

Mora tuntut pemain kembali fokus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARISS menamatkan kontrak bersama JDT untuk kembali ke Singapura atas urusan keluarga selain pandemik Covid-19 yang menyukarkannya berulang-alik secara kerap. – JOHOR SOUTHERN TIGERS

KETUA jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mencabar anak-anak buahnya untuk tidak hilang fokus dalam usaha mengekalkan kedudukan pendahulu Liga Super selepas seri 1-1 bertemu Kuala Lumpur City FC (KL City) kelmarin.

Pada aksi di Stadium Kuala Lumpur, Cheras itu, skuad Harimau Selatan yang mengalami kekalahan mengejut kepada Terengganu FC (TFC) minggu lalu berjaya bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mencuri satu mata berharga.

Kata Mora, barisan pemain dituntut untuk tidak hilang fokus dengan situasi semasa kerana adalah normal untuk mana-mana pasukan di dunia mengalami kemerosotan prestasi.

“Sukar untuk mana-mana pa­sukan mengekalkan rentak konsisten dan saya anggap situasi ini adalah normal kerana JDT sudah lama berada di puncak dan ada ketika prestasi akan merudum.

“Justeru, cabaran utama ketika ini adalah memastikan pemain terus positif dalam membantu pasukan mengekalkan kedudukan pendahulu liga dan saya percaya kami akan bekerja keras pada aksi seterusnya menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) minggu depan,” kata­nya.

Mengulas mengenai perlawanan kelmarin, Mora mengakui tiada kritikan yang wajar dilemparkan kepada barisan pemain yang telah berusaha untuk me­ngutip tiga mata tetapi nasib tidak sememangnya tidak menyebelahi pasukan.

“Pemain bekerja keras sepanjang 90 minit perlawanan dan tidak wajar mereka di kritik atas keputusan ini. Situasi sama buat Bergson Da Silva yang saya percaya kemarau jaringannya akan berakhir pada aksi akan datang,” katanya.

Sebagai rekod, skuad Harimau Selatan telah mendominasi sai­ngan Liga Super dengan bergelar juara sebanyak tujuh kali berturut-turut sejak musim 2014.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI