fbpx

Lebih 160,000 permohonan suntikan sukarela AstraZeneca diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Tempahan untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca secara sukarela di Kuala Lumpur dan Selangor mendapat sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai selepas lebih 160,000 permohonan diterima dalam tempoh kurang sejam.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, terdapat kira-kira 100,000 permohonan lagi yang masih ada buat masa ini.

Sebelum ini, beliau memaklumkan bahawa orang ramai dibenarkan memilih satu tarikh dan satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sahaja bagi mendapatkan suntikan vaksin tersebut.

Kosmo! Online semalam melaporkan tempahan vaksin tersebut dilaksanakan berdasarkan kaedah first-come, first-served melalui pendaftaran di laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 www.vaksincovid.gov.my. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI