fbpx

Bilik ‘kubur’ untuk disewa RM1,132 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bahagian luar bilik itu kelihahatan seperti sebuah pondok di kebun. – Daily Mail

LONDON – Sebuah bilik kecil yang disamakan dengan kubur kerana amat sempit mengundang kecaman netizen kerana harga sewanya mencecah £200 (RM1,132) sebulan, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Tterletak di Greater Manchester, England bilik itu digambarkan sebagai ‘kediaman taman persendirian satu bilik’ yang dilengkapi kemudahan internet tanpa wayar (WiFi) manakala sewa yang diminta termasuk kos semua bil.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, bahagian luar bilik itu kelihahatan seperti sebuah pondok di kebun manakala dalamannya yang menampakkan saiznya yang sempit.

Bilik itu tidak mempunyai pintu antara ruang tamu dengan bilik air, selain tandas terletak di atas katil sementara.

“Bilik moden persendirian yang baru dibina. Terdapat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan parkir di bahagian luar kediaman.

“Sebuah bilik yang lengkap dengan bilik mandi, sinki, tandas dengan air sejuk dan panas. Didatangkan dengan sofa baldu baharu berwarna kelabu.

“Pemanas elektrik, WiFi berkelajuan tinggi, televisyen pintar yang lengkap dengan YouTube, Netflix dan lain-lain,” tulis pemilik bilik itu pada ruangan maklumat mengenainya.

Gambar-gambar bilik itu turut dikongsi di Twitter dengan ramai pengguna yang meninggalkan komen tidak berpuas hati serta kecaman.

“Mangkuk tandas itu bernilai £50 (RM283), di mana anda perlu membuang sendiri sisa buangan,” tulis seorang pengguna. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI