fbpx

Banjir kilat, 24 penduduk dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA kawasan di Teluk Intan dilanda banjir kilat berikutan limpahan air Sungai Batang Padang.-IHSAN APM

TELUK INTAN – Seramai 24 penduduk dari tiga kampung di sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Hilir Perak berkata, kesemua mangsa banjir yang terdiri daripada 10 lelaki, sembilan wanita dan lima kanak-kanak daripada sembilan keluarga kini ditempatkan di Dewan Chikus, Langkap.

Katanya, mereka yang terlibat dari Parit 3, Kampung Batu Pecah, Chikus dan Kampung Belakang Kedai, Degong.

“Banjir kilat berlaku selepas air sungai Batang Padang melimpah akibat hujan lebat sehingga tengah malam tadi yang kemudian memasuki penempatan penduduk pada pukul 12 tengah hari ini.

“Air naik setinggi satu meter di kawasan rumah penduduk dan ketika ini cuaca agak mendung kerana baharu lepas hujan. Paras air Sungai Batang Padang ketika ini berada pada paras 14.50 meter,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI