Umum tahu pelbagai isu berkaitan dunia hiburan berlaku dalam media sosial baru-baru ini.
Salah satunya pastilah tentang populariti segera yang diraih Fazura serta suaminya, Fattah dalam Twitter.
Kerana isu selebriti lain, tidak semena-mena nama pasangan selebriti itu menjadi sohor kini selama tiga hari berturut-turut.
Taip sahaja nama Fazura, ribuan ciapan berkaitan tentangnya terbit dalam Twitter.
Malah, disebabkan sokongan yang diterimanya, ada netizen yang memohon stesen televisyen agar menyiarkan semua filem lakonan Fazura seperti Gol dan Gincu dan Pisau Cukur pada hari raya Aidilfitri nanti.
Tidak cukup lagi, ada pula yang mahu ibu anak satu itu memegang trofi bintang paling popular tahun ini. Wah! undian sudah bermulakah?
Besar sungguh impak populariti yang diraih Fazura sepanjang minggu ini sehingga ramai yang menyuarakan pelbagai permintaan.
Inilah dikatakan rezeki Ramadan. Mungkin benar kata orang, dalam kesusahan orang lain, ada rezeki kita.
DIVA: Dengarnya jualan tudung keluaran Fazura habis terjual dalam tempoh tiga jam. Hebat!