fbpx

6 cedera dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan kerja-kerja mengalihkan pokok yang tumbang selepas berjaya mengeluarkan kesemua mangsa terperangkap dalam insiden di jalan Hutan Simpan, Masjid Tanah, Melaka, hari ini.

ALOR GAJAH – Enam individu termasuk lima sekeluarga cedera selepas kereta dinaiki mereka dihempap sebatang pokok dalam kejadian hujan lebat di Hutan Simpan, Masjid Tanah di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, pasangan suami isteri berusia 30-an serta tiga orang anak berusia lingkungan tiga hingga lima tahun yang menaiki kereta jenis Proton Wira mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan ke Hospital Alor Gajah.

Turut cedera dalam insiden itu adalah seorang lelaki berusia 45 tahun yang memandu kereta jenis Honda Accord.

Pegawai Bomba Kanan II, Zul Akhman Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.40 petang sebelum sepasukan enam anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan penyelamat tiba enam minit kemudian dan mendapati terdapat dua buah kereta dihempap sebatang pokok yang tumbang merintangi jalan.

“Tiga mangsa, iaitu seorang wanita serta dua anaknya terperangkap di dalam kenderaan Wira, manakala seorang lagi lelaki di dalam kereta Honda Accord.

“Kerja-kerja menyelamat dilakukan dan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 7.16 malam. Semua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI