fbpx

40 sekolah di Johor ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Sebanyak 40 buah sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di negeri ini ditutup selepas dikesan terdapat penularan wabak Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, tempoh penutupan sekolah itu berbeza-beza mengikut keadaan sekolah masing-masing.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 buah sekolah ditutup pada hari ini dan dua sekolah yang ditutup semalam.

“Antara sekolah yang ditutup hari ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Seri Alam, SMK Seri Perling, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mutiara Rini, SMK Seri Alam 2 dan SJKC Ping Ming.

“Turut ditutup ialah sekolah SK Taman Suria, SK Taman Skudai Baru, SMK Taman Nusa Damai, SK Bukit Mutiara, SMK Dato’ Usman Awang dan SK Pengkalan Rinting. Kesemua semua sekolah ini ditutup selama dua hari mengikut surat dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut ditutup selama dua hari ialah SK Senai Utama, SK Kota Masai, SK Tanjung Puteri Resort, SMK Dato Abdul Rahman Andak, SK Bandar Uda 2 dan SK Peserai.

Mazlan memberitahu, SMK Agama Johor Bahru adalah sekolah paling lama ditutup selama 15 hari sejak 22 April lalu hingga Khamis ini.

Jelasnya, tempoh asrama sekolah harian itu ditutup lebih lama berbanding yang lain kerana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) buat kali kedua.

“Tiga buah sekolah di kawasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi dan PPD Pasir Gudang dikenakan pelanjutan sehingga tujuh hari.

“Ia melibatkan sekolah SK Seri Saujana di Kota Tinggi serta SJKC Ban Foo dan SMK Ulu Tiram di kawasan PPD Pasir Gudang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, SMK Dato Hassan Haji Yunos di Kluang, SK Infant Jesus Convent di Johor Bahru dan SK Bandar Seri Alam di Pasir Gudang sudah kembali beroperasi pada 1 Mei selepas ditutup enam hari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI