fbpx

Tugas masih belum berakhir – Solskjaer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAVANI meledak dua gol ketika United membelasah Roma 6-2 pada aksi separuh akhir Liga Europa di Old Trafford awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Manchester United dilihat sudah sebelah kaki melangkah ke pentas final Liga Europa musim ini selepas berpesta gol membelasah jaguh Itali, AS Roma 6-2 pada separuh akhir pertama di Old Trafford awal pagi semalam.

Kemenangan bergaya itu me­nyaksikan The Red Devils muncul pasukan pertama menjaringkan enam gol di peringkat separuh akhir saingan Eropah sejak Real Madrid melakukannya dalam aksi Piala Eropah pada 1964.

Bagaimanapun, pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer menganggap tugasan mereka masih belum selesai meskipun memegang kelebihan besar ke atas Roma menjelang aksi timbal balik di Stadio Olimpico, Rom minggu depan.

“Perjalanan kami baru separuh jalan tetapi ini adalah satu keputusan yang sangat menakjubkan. Bola sepak boleh ‘menggigit’ anda jika terlalu mengambil mudah.

“Saya harap pemain mengekalkan momentum sama apabila bertemu Liverpool sebelum sekali lagi menentang Roma dalam usaha kami mara ke final musim ini,” katanya.

United ketinggalan 1-2 kepada Roma hasil jaringan Lorenzo Pellegrini dan Edin Dzeko dalam babak pertama selepas meledak gol pertama melalui Bruno Fernandes pada minit kesembilan.

Aksi di separuh masa kedua menyaksikan kebangkitan hebat United yang berjaya menambah lima lagi gol menerusi dua jaringan Edinson Cavani selain ma­sing-masing satu daripada Fernandes, Paul Pogba dan Mason Greenwood.

Ini bukan kali pertama United berpesta gol ke atas Roma kerana mereka pernah merakam kemenangan 7-1 ke atas pasukan Serie A itu pada suku akhir Liga Juara-Juara 2007.
Ia sekali gus memberi baya­ngan The Red Devils mampu menamatkan penantian merangkul kejuaraan dalam tempoh empat tahun selepas kali terakhir me­lakukannya ketika bergelar juara Liga Europa edisi 2016/2017.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI