fbpx

Tidak sampai sehari miliki kereta Evo IX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta tersebut selepas kemalangan. – WNS/The Sun

LONDON – Seorang lelaki yang baru memenangi sebuah kereta sport berharga £30,000 (RM171,770) di Britain terpaksa berputih mata apabila kende­raannya remuk selepas terlibat dalam satu kemalangan, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kejadian itu berlaku beberapa jam selepas Adam Griffiths, 27, membawa pulang kereta Mitsubishi Evo IX tersebut ke rumahnya. Dia memenangi kereta itu dalam satu peraduan di internet.

Kereta yang mempunyai kelajuan maksimum 229 kilometer sejam itu remuk pada bahagian hadapan selain rosak teruk pada bahagian belakang.

Griffiths dan seorang penumpang tempat duduk hadapan bagaimanapun hanya cedera ringan.

 

Griffiths bergambar bersama Mitsubishi Evo IX yang dimenanginya. – WNS/The Sun

Menurut Polis Wales Selatan, kemalangan itu berlaku pada pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) berhampiran rumah Griffiths di Pontypridd.

“Perkhidmatan kecemasan menerima panggilan mengatakan terdapat kejadian kemalangan melibatkan sebuah kereta di lokasi itu.

“Pemandunya dilaporkan memandu dalam keadaan cuai,” ujar seorang pegawai polis.

Sementara itu, Griffiths mengakui kesilapannya memandu secara cuai sehingga mengakibatkan kereta yang baru dimenanginya terbabas.

“Saya mencederakan diri saya dalam kemalangan tersebut dan perlu menerima akibatnya.

“Namun, saya bertuah kerana penumpang masih boleh berjalan. Kereta itu boleh diganti, namun terdapat perkara lain (nyawa) yang tidak boleh diganti,” katanya.

Insiden tersebut mendapat perhatian netizen dengan ramai mengecam Griffiths sehingga memaksa lelaki itu menutup akaun Facebook miliknya.

“Ramai orang mengganggu saya, malah ada yang menghubungi ibu saya sambil berkata bahawa saya patut mati (kerana merosakkan kereta Evo IX),” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI