fbpx

Shin Sung-rok pula dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHIN SUNG-ROK

PELAKON popular Shin Sung-rok memasuki senarai terbaharu dalam kalangan selebriti di Korea Selatan yang disahkan positif Covid-19.

Agensinya, HB Entertainment pada 28 April mengesahkan aktor itu dijangkiti wabak berkenaan selepas keputusan ujian yang dilakukannya pada 24 April lalu disahkan negatif.

Bagaimanapun, dia menyedari berlaku perubahan terhadap tahap kesihatannya ketika menjalani kuarantin kendiri selepas menjalani ujian berkenaan.

“Kami memohon maaf kerana telah membimbangkan ramai pihak. Kami akan melakukan yang terbaik supaya Shin Sung-rok menerima rawatan terbaik dan akan pulih sepenuhnya daripada Covid-19,” kata agensi tersebut.

Aktor drama The Last Empress itu dilaporkan dijangkiti Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada seorang kenalannya yang positif.

Buat masa ini, segala aktiviti dan jadual kerjanya terpaksa dihentikan seketika termasuklah penggambaran untuk program Master in The House.

“Penggambaran Master in The House tetap akan diteruskan dengan baki peserta lain yang sedia ada iaitu pelakon Lee Seunggi, Cha Eunwoo, Yang Se-hyung dan Kim Dong-hyun,” ujar sumber produksi program tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI