fbpx

Rahsia Nafuzi dalam poket – Abdul Latiff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Penang FC pastinya mahu mengambil kesempatan untuk menguji keperkasaan benteng pertahanan tuan rumah malam ini

PEMAIN tengah Penang FC, Abdul Latiff Suhaimi mengetahui ramuan taktikal ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Mohd. Nafuzi Zain menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu malam ini.

Sebagai rekod, saham Nafuzi naik mendadak sehingga dianggap antara jurulatih tempatan terbaik negara ketika ini selepas berjaya meleburkan rekod tanpa kalah pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan kemenangan 1-0 minggu lalu.

Lebih menarik, Latiff pernah berguru dengan Nafuzi ketika mewakili pasukan TFC pada 2017 hingga 2018 dan ketika itu me­nyaksikan Nafuzi bertugas selaku penolong ketua jurulatih kepada Irfan Bakti Abu Salim.

Kata Latiff, jurulatih berusia 43 tahun memang memiliki pe­rancangan sempurna khususnya dari sudut taktikal selain sema
ngat luar biasa dalam memastikan pasukan tidak mencatat kekalahan.

“Nafuzi merupakan penolong kepada Irfan ketika saya mewa­kili TFC.

“Secara peribadi, saya lihat beliau seorang jurulatih yang peka dan memperincikan setiap perancangan sebelum mengharungi satu-satu perlawanan.

“Malah, dia juga ada falsafah bola sepak moden dengan mementingkan corak serangan pantas, selain pemain harus memiliki intensiti serta skil tinggi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, pemain berusia 32 tahun itu turut optimis skuad Harimau Kumbang kendalian Thomas Trucha boleh melakar keputusan positif selepas merekodkan lapan perlawanan tanpa tewas setakat ini.

“Jurulatih (Trucha) pasti ada perancangan tersendiri untuk menyekat TFC nanti. Apa yang penting, saya mahu semua pemain memberikan tumpuan seratus peratus di atas padang kerana apa sahaja boleh berlaku,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI