fbpx

Raees Zander nama anak sulung Tasha Shilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TASHA SHILLA memperkenalkan wajah dan nama anak sulungnya Raeen Zender yang dilahirkan seminggu lalu.

PETALING JAYA – Selepas tujuh hari bergelar ibu, pelakon Tasha Shilla akhirnya mendedahkan wajah dan nama putera sulungnya iaitu Raees Zander Muhammad Atiq.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya hari ini, Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak, 34, memaklumkan perkara tersebut untuk pengetahuan peminatnya.

“Syukur alhamdulillah, sempena hari ketujuh kelahiran anak saya dan suami, @atiqidris, kami ingin perkenalkan Raees Zander Muhammad Atiq.

“Saya memohon dengan keberkatan, agar kalian semua tolong mendoakan untuk dia semoga menjadi anak yang soleh, penyejuk mata hati ibu dan ayahnya. Berikan ilmu yang bermanfaat, kuatkan iman dan aqidahnya serta dilimpahi rezeki yang luas dan halal,” ujarnya.

Kongsi isteri kepada ahli perniagaan Muhammad Atiq Idris itu lagi, dia berasa sangat gembira mengumumkan kehadiran putera sulungnya, Raees Zander yang menjadi sebahagian dalam hidupnya.

Terdahulu, pelakon yang pernah membintangi drama Kamar Kamariah itu selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 25 April lalu bersamaan dengan Ramadan yang ke-12.

Tasha mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Atiq pada 23 Februari tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI