fbpx

Polis Negeri Sembilan harap masyarakat tidak kecil hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Polis mengakui perlu bertegas berhubung tindakan penguatkuasaan di Negeri Sembilan bagi membendung penularan Covid-19 sepanjang musim perayaan Aidilfitri  dan meminta masyarakat agar tidak berkecil hati.

Menurut Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Negeri Sembilan, Asisten Komisioner, Mohd Ariff Md Hanuddin, pelbagai pendekatan digunakan antaranya pemeriksaan kenderaan di rumah-rumah hanyalah untuk memastikan masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, beliau menyedari budaya ziarah semasa musim perayaan namun masyarakat perlu mengehadkan kehadiran tetamu pada satu-satu masa.

“Ini kerana Negeri Sembilan mempunyai banyak jalan keluar dan masuk yang menghubungkan negeri Melaka dan Selangor.

“Tujuan kita ialah mahu mengelakkan penularan Covid-19 dan saya tidak rasa semua orang sediakan kod QR  di rumah jadi, jika ada kes bagaimana kita mahu kesan puncanya?,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Masyarakat Pengguna Jalan Raya dan Petugas Barisan Hadapan Kontinjen Negeri Sembilan di Plaza Tol Ainsdale di sini hari ini.

Tambahnya, pemeriksaan lebih teliti akan dilakukan di sekatan jalan raya (SJR) bagi mengelakkan aktiviti rentas negeri terutamanya pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad menjelang perayaan Aidilfitri.

“Pergerakan orang ramai lebih kerap berlaku pada hari berkenaan antaranya sebab untuk pergi membeli belah.

“Hanya mereka yang mempunyai surat kebenaran saja bagi urusan pekerjaan, perdagangan, kebajikan, kematian dan temu janji doktor saja dibenarkan,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI