fbpx

Pertama kali datang bulan, guru ketawakan saya – Juliana Evans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JULIANA EVANS

PETALING JAYA – Pelakon dan juga pengacara Che Puan Juliana Evans berdepan pengalaman memalukan apabila ditertawakan seorang guru ketika kali pertama datang bulan sewaktu di bangku sekolah menengah.

Menerusi ciapan dalam Twitternya, pemilik nama sebenar Juliana Sophie Johari Evans, 32,itu terpanggil mengulas tentang jenaka rogol yang berlarutan sehingga melibatkan isu pemeriksaan datang bulan, khususnya soal tingkah laku guru menangani soal berkenaan dalam pelajar perempuan.

“Sejak akhir-akhir ini di Twitter banyak orang memperkatakan tentang kes datang bulan oleh pelajar.

“Saya juga pernah diugut oleh seorang guru wanita di sekolah untuk memeriksa sama ada saya datang bulan atau tidak ketika waktu solat di antara waktu kelas semasa saya di sekolah. Tapi mereka (guru) tidak pernah melakukannya pun,” katanya.

Juliana turut membuka satu kisah yang berlaku kepadanya semasa kali pertama datang bulan ketika berusia 14 tahun (tingkatan dua).

“Ketika sedang belajar di dalam kelas, saya tersedar saya bocor (datang bulan). Kain saya dipenuhi darah.

“Kawan perempuan sekelas tolong saya berlindung dari belakang untuk membawa saya ke tandas. Mereka turut membantu saya basuh baju sekolah,” ujar bekas pengacara program Remaja itu.

Jelasnya lagi, kejadian tersebut membuatkan uniform sekolahnya basa teruk dan dia hanya mampu menangis kerana malu sebelum mengambil keputusan menelefon ibunya untuk dibawa pulang.

CIAPAN Juliana berhubung amalan pemeriksaan dan pengalaman buruk ketika kali pertama datang bulan sewaktu di sekolah menengah.

Bagaimanapun, pelakon filem Hantu Bonceng itu kesal akan sikap guru-guru wanita di sekolahnya semasa dia berdepan dengan situasi kali pertama datang bulan.

“Ketika saya duduk di bilik guru untuk menunggu ibu, beberapa cikgu masuk dan lalu depan saya. Mereka tanya kenapa saya menangis dan saya beritahu situasi yang berlaku. Nak tahu apa reaksi mereka?

“Mereka hanya ketawakan saya sehingga saya rasa takut, berseorangan dan bertambah malu,” ujarnya.

Sebagai pendidik, Juliana mendakwa guru sepatutnya berasa lebih empati daripada sekadar menjadikan perkara tersebiut sebagai bahan untuk diketawakan.

“Saya pun cerita dengan ibu dan dia sangat marah! Ibu saya datang ke sekolah pada keesokan hari dan buat aduan mengenai guru-guru terbabit. Ibu merupakan sistem sokongan terbaik saya,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI