fbpx

Perintah gaji minimum dikaji semula – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang melaksana kajian semula perintah gaji minimum 2020, bagi memastikan ia kekal relevan dengan keadaan sosioekonomi semasa,” kata Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Perdana Menteri  berkata, kerajaan sentiasa prihatin terhadap isu gaji minimum dan meminta semua pihak yang ingin menyuarakan pendapat serta cadangan berkenaan isu itu mengambil bahagian dalam platform yang disediakan.

Beliau berkata, kerajaan juga dalam proses untuk menambah baik dan meminda undang-undang perburuhan contohnya Akta Kerja 1955.

“Ia termasuklah dengan meluaskan skop pemakaian kepada semua pekerja dalam sektor swasta tanpa mengira had gaji, memanjangkan cuti bersalin kepada 90 hari dan pemberian cuti paternity selama tiga hari.

“Selain itu, amalan kerja akan ditambah baik dan pelaksanaan kehidupan yang lebih seimbang melalui pengurangan waktu bekerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam selain memperkenalkan aturan kerja fleksibel,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat khas sempena Hari Pekerja yang disambut hari ini dengan bertemakan ‘Pembudayaan Norma Baru dalam Dunia Pekerjaan Sejagat’. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI