fbpx

Peluang terakhir Tze Liang ke Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TZE LIANG terpaksa akur gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun selepas gagal meraih podium pada Piala Dunia Terjun di Tokyo sebentar tadi.

Oleh SITI NURHEZZATY MOHAMAD HAMDAN

PENERJUN lelaki negara, Ooi Tze Liang mempunyai misi penting pada saingan Piala Dunia Terjun di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun yang akan bermula hari ini hingga 5 Mei depan.

Kejohanan itu merupakan peluang terakhir buat Tze Liang, 27, untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Penerjun dari Pulau Pinang itu menjelaskan, persiapannya untuk saingan Piala Dunia Terjun berjalan dengan lancar walaupun terpaksa berdepan pelbagai cabaran berikutan pandemik Covid-19.

“Segalanya berada dalam keadaan terkawal dan baik-baik sahaja, jadi saya akan memberi tumpuan sepenuhnya pada kejohanan ini. Saya berharap dapat mencapai keputusan terbaik untuk melayakkan saya ke Sukan Olimpik,” kata Tze Liang.

Tze Liang yang bergandi­ngan dengan Chew Yiwei dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama, perlu memastikan mereka menampilkan prestasi terbaik sebaik saingan bermula esok jika mahu merebut slot ke Olimpik Tokyo 2020.

Skuad terjun negara turut mengharapkan persembahan positif daripada Yiwei dalam acara 3m papan anjal individu bersama-sama Mohd. Syafiq Puteh selain Jellson Jabilin serta Hanis Nazirul Jaya Surya yang akan bersaing bagi kategori 10m platform.

Jellson dan Hanis Nazirul juga akan bergandingan untuk acara 10m platform seirama.

Bagi saingan wanita, sandaran pastinya diletakkan kepada empat penerjun yang sudah melayakkan diri ke Olimpik Tokyo 2020 se­perti Leong Mun Yee, Pandelela Rinong, Wendy Ng Yan Yee dan Nur Dhabitah Sabri.

Bagaimanapun, bekas ratu terjun negara, Cheong Jun Hoong yang pernah meraih pi­ngat perak Sukan Olimpik 2016 bersama Pandelela, masih berpeluang untuk melayakkan diri dalam acara 10m platform individu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI