fbpx

Pelakon drama Mouse, Cheon Jeong-ha meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHEON JEONG-HA

BERITA duka menyelubungi industri hiburan Korea Selatan apabila aktres veteran Cheon Jeong-ha dilaporkan meninggal dunia akibat mengalami kegagalan jantung kongestif.

Pelakon itu ditemui mati di kediamannya seperti memetik laporan portal Kstarlive.

Laporan tersebut juga menyebut bahawa Jeong-ha menghembuskan nafas terakhir pada usia 52 tahun dan punca lain yang menyebabkan kematian pelakon itu adalah kerana tekanan darah rendah.

Perkara tersebut disahkan oleh ahli keluarganya pada 28 April lalu dengan memaklumkan bahawa Jeong-ha ditemui meninggal dunia sehari sebelumnya.

“Punca kematian Jeong-ha dipercayai akibat serangan jantung kerana tekanan darah rendah dan kegagalan jantung kongestif,” ujar keluarga mendiang.

Jeong-ha memulakan debut pada 1990 dan cukup terkenal dengan banyak drama hit antaranya Flower of Evil dan Stranger 2.

Paling terkini, aktres itu baru sahaja muncul menerusi drama Mouse dan Beyond Evil. Upacara pengebumian mendiang diadakan pada 30 April di Ilsan pukul 7 pagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI