fbpx

Kuetiau juadah terakhir sebelum maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 80.4 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat berhampiran Kampung Sanglang, Pontian di sini hari ini.

PONTIAN – Kuetiau goreng menjadi juadah sahur terakhir buat seorang anggota bomba sebelum terlibat dalam kemalangan dua motosikal di Kilometer 80.4 Jalan Johor Bahru – Batu Pahat berhampiran Kampung Sanglang di sini pagi tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 8.20 pagi, mangsa, Anuar Abdullah, 33, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah kepala dan badan.

Nahas itu turut meragut nyawa seorang warga emas, Tey Ah Pin, 74, dari Kampung Parit Gantong Ayer Baloi, di sini yang turut maut di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, kemalangan berlaku apabila warga emas yang menunggang motosikal Honda Wave keluar dari lorong rumahnya ke laluan berkenaan.

“Pada masa yang sama, Anuar yang menunggang motosikal Kawasaki Versys tidak sempat mengelak lalu merempuh motosikal yang dinaiki Ah Pin.

“Akibat daripada perlanggaran tersebut, anggota bomba mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan warga emas itu tersebut mengalami kecederaan parah di kaki,” ujarnya ketika dihubungi disini.

Tambah Mustafa, kedua-dua mangsa kemalangan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jelasnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pontian untuk post mortem dan siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Sek. 41(1) APJ 1987 dan masih dalam siasatan pihak polis.

Sementara itu, isteri Anuar, Rohayu Idris, 30, berkata, ketika kejadian arwah suaminya dalam perjalanan pulang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru.

“Suami saya cuti empat hari, dia balik ke rumah ibunya di Kampung Parit Suloh, Batu Pahat dan ketika kejadian dia ke pejabat untuk ambil barangan yang dibelinya.

“Dia keluar rumah lepas subuh dalam pukul 6.30 pagi dan janji nak pulang kembali dalam pukul 9 pagi tetapi saya dapat panggilan daripada tentang kemalangan pada pukul 10.40 pagi, saya bergegas ke hospital.

“Pagi tadi dia bersahur dengan saya dan anak, makan kuetiau goreng, itu juadah terakhir dia dan keluarga,”katanya ketika ditemui di Hospital Pontian di sini.

Rohayu berkata, jenazah suaminya akan dibawa ke rumah ibunya petang ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Suloh, Batu Pahat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI