fbpx

Kecoh video tular dakwa ahli politik papah wanita masuk bilik hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman tular yang memaparkan tindakan seorang lelaki dipercayai ADUN memapah seorang wanita yang kelihatan seperti sedang mabuk baru-baru ini.

PETALING JAYA – Penyebaran satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki yang didakwa mirip ahli politik memapah seorang wanita dipercayai untuk memasuki bilik hotel menerima kecaman daripada netizen.

Rakaman berdurasi enam saat itu didakwa melibatkan ahli politik yang sebelum ini telah dibuang daripada sebuah parti politik pembangkang.

Muat naik berkenaan turut disertai dengan satu kemas kini status yang seolah-olah memerli dan menasihatkan tuan punya badan agar segera membuat laporan polis.

“Seperti pernah ku lihat, macam dia tapi video kabur.

“Barangkali inilah dugaan di bulan Ramadan, kesian ‘anak-anak’ penat sangat balik beli-belah baju raya barangkali,” katanya menerusi kemaskini status itu.

Tambah kemas kini itu, individu berkenaan perlu membuat laporan polis kerana tidak mungkin insan tersebut yang dikenali baik hati berkelakuan sedemikian.

Perkongsian itu setakat ini selepas hampir dua jam dimuat naik telah mendapat lebih kurang 1,600 tontonan, 41 komen serta 34 perkongsian.

Penularan video berkenaan bagaimanapun menerima pelbagai komen daripada netizen yang menyifatkan ia sebagai tidak patut berlaku lebih-lebih lagi apabila melibatkan individu yang dilantik sebagai pemimpin.

“Macam mana Malaysia tak menerima azab kalau begini pemimpin,” kata seorang pengguna platform media sosial berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI