fbpx

Izara Aishah nafi hamil lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAKWAAN pelakon drama Jodoh-Jodoh Annisa itu tercetus selepas suaminya memuat naik sekeping gambar yang menampakkan bentuk perut seperti sedang hamil.

PETALING JAYA – “Tidak, saya buncit.”

Itu respons ringkas pelakon Izara Aishah mengenai dakwaan kononnya dia kini hamil anak kedua.

Jawapan berkenaan diberikan pelakon filem Pilot Cafe itu menerusi ruangan soal jawab bersama peminatnya dalam Instagram.

“Izara, awak hamilkah? Alhamdulillah jika betul, tumpang gembira untuk awak,” tulis seorang pengikut Instagramnya.

Menantu tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu bagaimanapun segera menafikan andaian tersebut. Dia bukan sedang berbadan dua, sebaliknya kekenyangan kerana baru selesai berbuka puasa.

JAWAPAN balas Izara berhubung dakwaan dia kini hamil anak kedua.

“Tidaklah. Lihat gambar Adib (suami) muat naik itukah?

“Buncitlah, ketika itu baru habis berbuka puasa,” jawabnya pendek.

Untuk rekod, Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham, 29, mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Adib pada 17 November 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurnikan seorang anak perempuan bernama Irisa Alaia yang kini berusia setahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI