fbpx

Identiti mangsa rentung terjunam jejambat dikenalpasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Mercedes yang hangus terbakar mengorbankan empat individu di dalamnya di kilometer 30.8 SKVE.

KUALA LANGAT – Seorang perempuan warga Vietnam antara empat individu yang rentung dalam sebuah kereta terbakar selepas terjunam dari Kilometer 30.8 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, identiti mangsa masing-masing dikenali Tan Hiang Hock, 30, merupakan seorang peniaga yang memandu kereta jenis Mercedes yang terlibat dalam kejadian itu.

Katanya, selain itu adalah Tan Poh Hock, 22 tahun yang bekerja sebagai mekanik dan penumpang di bahagian depan.

“Dua lagi mangsa yang duduk di bahagian belakang adalah wanita dikenali Low Jin Wen, 18 serta seorang warga Vietnam, Phan Thi Bich, 24,.

“Hasil bedah siasat mendapati kesemua mangsa mati akibat pelbagai kecederaan akibat terbakar dan terhidu bau asap,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Azizan, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira pukul 1.20 pagi dipercayai berlaku apabila mereka dalam perjalanan ke Banting dari Bandar Saujana Putra.

“Setiba di lokasi kejadian, kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri lalu terjunam ke bawah jambatan serta terbakar.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan empat individu rentung dalam kenderaan dinaiki yang terbakar selepas terjunam dari jejambat di lebuh raya berhampiran di Jalan Teratai Batu 10, Kampung Kebun Bharu di sini, awal pagi tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI