fbpx

Hamilton teringin kekal di Mercedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON hanya memiliki kontrak bersama Mercedes sehingga hujung musim ini sahaja biarpun mengakui masih enggan bersara. – AFP

PORTIMAO – Pelumba sensasi Mercedes, Lewis Hamilton masih menaruh harapan tinggi untuk kekal bersaing dalam perlumbaan Formula Satu (F1) tahun depan walaupun kontraknya bersama pasukan itu bakal berakhir pada musim ini.

Sebagai rekod, Hamilton yang kini berusia 36 tahun telah menandatangani kontrak baharu bersama Mercedes awal musim ini tetapi hanya ditawarkan kontrak jangka pendek selama semusim sahaja.

Kata Hamilton, situasi itu langsung tidak meresahkannya kerana selain mahu memburu kejuaraan dunia kategori pelumba untuk kali kelapan, dirinya juga masih belum bercadang untuk bersara daripada kancah F1.

“Secara jujur, saya masih mahu menjadi pelumba F1 pada tahun depan. Ini kerana, kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku dan buat masa sekarang saya kekal positif kerana saingan F1 semakin mencabar.

“Jika diberi pilihan, sudah tentu saya berharap untuk kekal bersama Mercedes kerana pasukan ini sudah serasi dengan jiwa saya terutama mereka memberi sokongan penuh terhadap gerakan antiperkauman yang saya cuba ketengahkan dalam arena F1 sejak tahun lalu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Hamilton mengakui sangat te­ruja untuk menyertai persaingan lebih kompetitif dengan pelumba sensasi Red Bull, Max Verstappen menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Portugal di Litar Antarabangsa Portimao esok.

“Kita baru sahaja memasuki perlumbaan GP ketiga tetapi bahangnya kian terasa dengan cabaran yang diberikan oleh pasu­kan Red Bull yang cukup hebat pada dua perlumbaan lepas dan saya tidak sabar untuk berikan yang terbaik sekali lagi ming­gu ini kerana kami juga tidak mahu memberikan mereka laluan yang mudah,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI