fbpx

31 pemandu mabuk ditahan sejak awal 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki berusia 46 tahun ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk di sekitar bandar Melaka, semalam.

MELAKA – Polis negeri ini berjaya menahan seramai 31 individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di sekitar daerah ini sejak Januari sehingga bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kesemua pemandu yang ditahan berusia antara 20 dan 50 tahun.

Katanya, terbaharu dua lelaki turut ditahan dalam operasi yang dilakukan kira-kira pukul 10 malam tadi oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.

“Dalam operasi tersebut, seorang anggota polis trafik telah mengekori sebuah kereta jenis Toyota Camry yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dari arah Limbongan menuju ke Klebang.

“Pemandu lelaki berusia 46 tahun itu kemudian ditahan dan ujian alkohol mendapati dia memandu dalam keadaan mabuk iaitu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelasnya, seorang lagi lelaki yang bekerja sebagai ejen insurans ditahan kira-kira pukul 1.35 pagi hari ini atas kesalahan sama.

“Tangkapan kedua-dua lelaki tersebut menjadikan jumlah keseluruhan pemandu mabuk yang berjaya ditahan adalah seramai 31 orang sejak Januari sehingga awal pagi tadi.

“Kesemua mereka ditahan dan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan maksimum RM30,000 serta penjara tidak melebihi dua tahun,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI