fbpx

PPM patahkan cubaan seludup tong gas LPG petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada barang rampasan PPM Kudat.

PITAS – Seorang lelaki ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat selepas cubaan menyeludup keluar tong gas petroleum cecair (LPG) dan petrol gagal dalam operasi Op Benteng Covid-19 kelmarin.

Dalam operasi dijalankan di sekitar daerah Pitas itu, lelaki berkenaan ditahan selepas anggota bertugas mengesan seorang lelaki berusia 35 tahun yang sedang memunggah barang kawalan.

Pegawai Pemerintah PPM Kudat, Asisten Superintendan, Rizauddin Selamat berkata, hasil pemeriksaan mendapati semua barang kawalan berkenaan didapati dimiliki tanpa permit yang sah.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek adalah pemilik stor penyimpanan barang kawalan berkenaan dan dipercayai cuba menyeludup barangan kawalan ke negara jiran.

“Pasukan serbuan menemui tong gas dan tong yang berisi petrol dalam kuantiti yang banyak.

“Suspek juga gagal mengemukan dokumen yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tujuan berkenaan, ” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Rizauddin berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM2,700, semua barang kawalan berkenaan di bawa ke pangkalan PPM Kudat untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawasan Bekalan 1961 dibaca Bersama peraturan peraturan kawalan bekalan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI