Oleh NUR NABILAH RAHMAT
BATU PAHAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas rokok seludup bernilai RM241, 878 dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyata Innova di Jalan Parit Balak, Senggarang di sini semalam.
Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk MPV berkenaan lebih RM281,000.
“Dalam kejadian pukul 2 petang itu, PGA menemui sebanyak 1,185 karton rokok seludup tanpa cukai kastam itu dalam kenderaan terbabit yang diparkir di tepi jalan dipercayai diseludup.
“Rampasan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Batu Pahat untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.
“Saya menyeru kepada orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban,” katanya pada satu kenyataan hari ini.
Tiada tangkapan ke atas suspek pada kejadian tersebut. – K! ONLINE