fbpx

Pemandu lori maut rempuh lori tangki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori yang dipandu mangsa merempuh belakang lori tangki sebelum hilang kawalan dan kedua-dua kenderaan terbabas di lorong kecemasan di KM 78.3 Lebuh Raya Utara - Selatan, Ayer Hitam, Batu Pahat.

BATU PAHAT- Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan berat dipandunya merempuh belakang sebuah lori tangki dalam kejadian di Kilometer 78.3 Lebuh Raya Utara – Selatan, Ayer Hitam, di sini, tengah malam hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan berlaku pada pukul 12.20 tengah malam itu telah mengorbankan Azreen Ab. Rahman, 31, selepas lori membawa muatan bijirin jagung yang dipandunya hilang kawalan.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku sekitar pukul 12.20 tengah malam dimana mangsa yang memandu lori jenis Hino bersama kelindannya Muhammad Azmi Mohd. Othman, 21, dari arah Kuala Lumpur menghala ke Johor Bahru telah mengekori sebuah lori tangki jenis Nissan.

“Bagaimanapun, sewaktu berada di tempat kejadian, mangsa telah gagal mengawal kenderaannya lalu terlanggar belakang lori tangki membawa minyak sawit dan menyebabkan kedua-duanya terbabas ke lorong kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, akibat kemalangan itu, mangsa cedera dan maut di tempat kejadian manakala kelindannya serta pemandu lori tangki berusia 34 tahun mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hopital Batu Pahat untuk rawatan.

Dollah berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan memaklumkan sewaktu kejadian keadaan jalan lurus serta cuaca baik.

Beliau menasihatkan kepada pengguna jalanraya agar lebih berhati-hati terutamanya pada waktu malam dengan menjaga jarak antara kenderaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI