fbpx

Osaka semangat selepas berehat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSAKA membuat keputusan untuk berehat selepas mengharungi jadual perlawanan yang padat dan memastikan dirinya bersedia untuk Terbuka Madrid. – AFP

MADRID – Pemain No. 2 dunia, Naomi Osaka berharap tempoh rehat hampir sebulan yang dilaluinya sebelum ini dapat memberi inspirasi untuk tampil lebih menyerlah pada kempen gelanggang tanah liat yang akan dimulakan pada Terbuka Mad­rid minggu depan.

Sebagai rekod, Osaka memiliki rekod yang kurang baik kerana tidak pernah menjuarai sebarang gelaran WTA ketika beraksi di gelanggang tanah liat selain gagal melangkaui pusi­ngan ketiga Grand Slam Terbuka Perancis.

Osaka yang menjuarai Grand Slam sebanyak empat kali menyertai kejohanan terakhir di Terbuka Miami pada awal bulan lalu yang menyaksikan dia tersingkir di suku akhir sebelum mengambil keputusan untuk berehat.

Kata Osaka, selepas sai­ngan di Terbuka Miami, keputusan untuk berehat sekurang-kurangnya sebulan sebelum mengharungi Terbuka Madrid terpaksa dibuat bagi memberi kesegaran terhadap mental dan fizikal yang agak kepenatan selepas mengharungi jadual padat musim ini.

“Secara jujur, saya sangat kepenatan kerana mengharu­ngi jadual yang agak padat dan terpaksa berehat selama sebulan untuk memastikan diri saya cergas dan segar sebelum mengharungi Terbuka Madrid.

“Keputusan ini sepatutnya saya buat selepas menjuarai Terbuka Australia kerana memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dari segi latihan dengan perubahan musim daripada gelanggang tenis biasa ke tanah liat.

“Kini, saya sudah bersedia sepenuhnya untuk memberikan persembahan yang terbaik di Terbuka Madrid dan berharap tuah memihak kepada saya bagi menjuarai kejohanan kali ini meskipun saya jangka bakal berdepan laluan berliku,” kata pemain berusia 24 tahun itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN