fbpx

Lupakan hasrat bekerja demi adik OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Megawati (kiri) bersama Nurfitri (tengah) ketika kunjungan Alwiyah (kanan) di rumah sewa mereka di Kampung Bahagia, Mersing semalam.

MERSING – Seorang wanita di Kampung Bahagia di sini sanggup melupakan hasrat untuk bekerja se­perti rakan-rakan yang lain demi menjalankan amanah daripada orang tuanya yang memintanya menjaga adik yang juga orang kelainan upaya (OKU).

Megawati Shamsuddin, 28, berkata, ibunya, Kamariah Johari meninggal dunia 10 tahun lalu ke­rana sesak nafas manakala ayah­nya, Shamsuddin Abdullah me­ninggalkan dia dan lima lagi adik-beradiknya sejak empat tahun lalu selepas jatuh secara tiba-tiba.

Katanya, dia memegang kata-kata arwah ayahnya yang me­mintanya dia tidak bekerja supaya dapat memberi tumpuan penuh pada adiknya Nurfitri, 18, yang dilahirkan sebagai anak istimewa.

“Selepas tamat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, saya pernah kerja mengikut kawan-kawan namun berhenti membantu ayah untuk jaga adik.

“Agak mencabar menjaga adik ke­rana ada masanya dia marah dan menghentak kepala di dinding, semua keperluannya seperti mandi, makan perlu diuruskan setiap hari kerana dia tidak boleh melakukan sendiri,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Megawati berkata, adiknya juga turut mengalami masalah penglihatan yang mana tidak dapat melihat sepenuhnya ekoran alami selaput mata yang tebal.

Anak kedua dari enam be­r­adik itu berkata, dia dan adik-beradiknya kini tinggal di rumah sewa di kampung itu dan bergantung hidup dengan wang pendapatan abangnya yang bekerja di Johor Bahru dan dua adiknya yang bekerja di Mersing.

Katanya, selain itu, Nufitri turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan, selain bantuan Baitulmal Johor berjumlah RM200 sebulan.

“Alhamdulillah untuk persiapan raya pada tahun ini adik sudah ada baju raya baharu hasil sumbangan orang ramai.

“Walaupun sederhana, kami sebagai kakak dan abangnya mahu dia turut merasai kemeriahan hari raya,” katanya.

Terdahulu, Nurfitri menerima kunjungan ziarah kasih dari Ahli Dewan Undangan Negeri Endau, Alwiyah Talib yang datang ke rumah mereka untuk bertanya khabar dan menyerahkan ­sumbangan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI