fbpx

Kunjungi sekolah lama, Rain didakwa langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAIN

KUNJUNGAN penyanyi Rain ke sekolah lamanya di Gyeonggi-do baru-baru ini mencetuskan kekecohan apabila dia dikatakan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Rain, 39, dikatakan kembali ke sekolah berkenaan untuk menjalani penggambaran sebuah video kandungan saluran YouTube miliknya, Season B Season.

Suami kepada aktres Kim Tae-hee itu tiba di lokasi tersebut sekitar tengah hari dan dia telah meminta tiga orang pelajar untuk menyertainya melakukan rondaan di sekitar sekolah berkenaan.

Selama ini, SOP yang ditetapkan kerajaan Korea Selatan melarang sebarang jenis lawatan ke mana-mana premis pendidikan ketika waktu pengajian sedang berlangsung.

Sebaik tiba di sekolah tersebut, lebih 30 pelajar dikatakan telah membanjiri dewan perhimpunan untuk melihat Rain dari jarak dekat sehingga menyebabkan berlaku kesesakan.

Bagi menjernihkan keadaan dan pertikaian dalam kalangan netizen, wakil pengurusan sekolah akhirnya tampil memberikan kenyataan.

“Rain datang melawat ke sekolah lamanya dan menghadiahkan pelajar dengan 1,000 unit album baharunya.

“Semua guru berusaha memastikan SOP diikuti dengan memantau para pelajar, namun ada ketikanya kami tidak dapat mengawal mereka sehingga keadaan menjadi sedikit kelam kabut,” kata pihak sekolah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI