PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) memohon orang ramai untuk membantu mengesan seramai 13 warga asing bagi tujuan perbicaraan di mahkamah.
Kesemua mereka berasal daripada Myanmar, Vietnam, Bangladesh dan Nepal itu dikehendaki bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Pati Semenyih, Selangor.
JIM berkata, mereka diperlukan berhubung kes pendakwaan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Menurutnya, mereka adalah Jay Pragash Yadav, 23, dan Arun Kumar Yadav, 24, berasal dari Nepal; Md Ezazul Haque, 36, dan Md Mozahar Ali, 39, dari Bangladesh.
“Selain itu, lapan yang lain berasal dari Vietnam dikenali sebagai Yarzar Phyo,24; Kyaw Swee, 36; Aung Min Oo, 28; Win Win Aye, 40; Kyu Kyu Thin, 28; Thwe Thwe Aung, 28; Htay Htay Hlaing, 34 dan Aye Aye Pyone, 35.
“Turut dikesan seorang warga Vietnam dikenali sebagai Nong Thi Lam, 46,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan, dipohon supaya dapat menghubungi terus Pegawai Penyiasat, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI) Mohamed Firdaus Mohamed Abbu Bakar di Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen, Putrajaya.
Mohamed Firdaus boleh dihubungi di talian 03-88801338 atau 03-88801330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat. – K! ONLINE