fbpx

Isyarat Kane pasti resahkan Tottenham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE (kiri) meraih anugerah Pemain Terbaik EPL musim ini ekoran pencapaiannya yang kini mengungguli carta penjaring terbanyak. - AFP

LONDON – Penyerang sensasi Tottenham Hotspur, Harry Kane dilaporkan memberi isyarat penting mengenai masa depannya bersama kelab itu.

Kane mengakui bahawa dia lebih dahagakan trofi berpasukan berbanding pencapaian individu yang diraihnya kini selepas dinobat sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris musim ini.

Penyerang itu memiliki kontrak sehingga musim panas 2024 tetapi dia bakal menginjak ke usia 28 tahun pada Julai ini di mana ia merupakan waktu yang penting dalam karier seseorang pemain bola terutama ketika dia berada di puncak prestasi ketika ini.

Ketika dua kelab dari Manchester ketika ini sedang mencari penyerang baharu, kenya­taan yang dikeluarkan oleh Kane yang mahu memburu kejayaan lebih besar pastinya meresahkan Spurs.

“Anugerah individu sentiasa menjadi suatu yang hebat tetapi meraih trofi bersama pasukan adalah pengalaman yang cukup fantastik.

“Saya mahu menikmati detik itu bersama pasukan, hadiah yang lebih besar yang kami belum berjaya dapatkan setakat ini. Saya lebih rela memenangi anugerah bersama pasukan berbanding meraihnya secara individu,” katanya.

Kane mampu menamatkan kemarau kejuaraan berpasukan ketika Spurs berdepan Manchester City pada aksi final Piala Liga England minggu lalu, namun nasib tidak menyebelahi apabila mereka tewas.

Musim 2019, Kane berpeluang untuk menjuarai Liga Juara-Juara ketika Spurs melayakkan diri ke pentas final tetapi mereka gagal mengatasi Liverpool yang muncul juara pada saingan musim tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI